Monday, December 7, 2009

Masih Menanti

menanti terus menanti
surat PLKta sampai2 lagi
bila nak sampai ni?
SABAR..SABAR..
(T.T)

Friday, December 4, 2009

Sunat Hari Jumaat


Hari Jumaat, penghulu segala hari menjanjikan berbagai-bagai pahala sunat. Marilah kita, semasa peluang masih ada, rebut pahala-pahala ini.


1. Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).




2. Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)


Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."




3. Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu hari-hari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.




4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi)




5. Memperbanyak doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.


Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud, "Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).




6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

Tuesday, December 1, 2009

ESOK ;

8 PAGI - 9.15 PAGI SCIENCE PAPER 1 1511/1

10 PAGI - 12.30 TENGAH HARI SCIENCE PAPER 2 1511/2

Saturday, November 28, 2009

Memalukan

Berapa ramai lelaki tidak boleh menjadi imam??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk
dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi
imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan
nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak
kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang
anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang
dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan
keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Sementelah tinggal di asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat
turun ke dapur membantu
ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya
sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak
diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang
membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng
kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita
jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama
menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau
ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin
ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur
sebagai perkara utama dan ungkapan hendak
memikat suami, perlu pikat seleranya sering
diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji
isteri lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa
walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di
komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan
sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga
sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk
tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-
undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-
mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam
satu taman perumahan juga.

Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu
bolehkah jadi imam? Dengus teman wanita yang
lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri
sebagai agenda utama, selain keperluan
memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanitakini kepada beberapa lelaki tentang
kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident
menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak
sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan
isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia
dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga
menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana
masyarakat memberatkan wanita perlu pandai
memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus
boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi
mangsa queen control. Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! 

Friday, November 27, 2009

Ana mengucapkan SALAM AIDILADHA buat semua :D


ta sempat nak taep panjang2
busy study loe (erk! ye ke?)
tade lah,penat sebab masak rendang tok orang datang takbir raya tadi~
huuhuu
salam~

ALGEBRA - Aku Rela